Anak-anakku

Loading...

Thursday, January 18, 2018

Kek coklat moist

 BAHAN-BAHAN :
250g mentega
2 cawan tepung gandum
2 tsp serbuk penaik
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula kastor
4 biji telur A
2 tsp esen vanilla
1 cawan air panas
1/2 cawan susu segar

COKLAT GANACHE :
250g coklat masakan (cincang)
135ml whip krim
1/2 Tbsp mentega
***larutkan coklat menggunakan kaedah BAIN MARIE***


 CARA-CARA :
Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko ke dalam sebuah bekas.
Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
Gaul sebati.
Masukkan esen vanilla dan juga bahan ayak berselang seli dengan air dan juga susu.
Kacau rata dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser mentega dan ditaburi tepung.
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bakar sehingga masak.
Sejukkan kek sebelum dituangkan bahan topping.
***saya lebih suka menikmati kek ini dalam keadaan panas & topping yang mencair***

Gulai siput sedut

 BAHAN-BAHAN :
500g siput sedut 
1kg santan
1 batang serai (ketuk)
1 keping asam gelugur
secekak daun serai kayu @ daun salam
garam secukup rasa

DIKISAR :
1 labu bawang besar sederhana
1 inci halia
1 inci kunyit

CARA-CARA:
 Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan renihkan di atas api sederhana.
Kacau selalu dan perasakan dengan garam secukupnya.
Sedia dihidangkan.

***Gaul siput bersama hampas kelapa semalaman supaya siput mengeluarkan semua kotoran.Selepas itu barulah dipotong hujungnya dan dicuci bersih***

Wednesday, January 17, 2018

Gulai lemak ikan kering

 BAHAN-BAHAN :
300g ikan talang masin (rendam di dalam air +garam)
1 batang serai (ketuk)
1 tangkai cili hijau (belah 2)
1 biji timun (belah 2, hiris)
700ml santan
1 asam keping
sedikit gula
garam jika perlu

DITUMBUK :
1 hiris lengkuas
4 ulas bawang merah
1cm halia
1 inci kunyit

 CARA-CARA :
Jerang santan bersama serai dan bahan tumbuk di atas api sederhana.
Bilas ikan masin dan masukkan ke dalam kuah santan.
Tambahkan asam keping dan renihkan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan timun dan juga cili.
Kacau sebati.
Rasa dahulu kuah sebelum memasukkan bahan perasa.
Matikan api dan sedia dihidangkan bersama nasi dan ulaman.

Biskut almond kopi

 BAHAN-BAHAN :
225g mentega
100g gula icing
1/4 tsp garam bukit
2 sachet kopi 3 in 1
1 biji telur saiz A
100g almond nibs
30g tepung jagung
30g susu tepung
1 tsp baking powder
1/4 tsp pes coklat
350g tepung gandum

CARA-CARA :
 Sediakan mangkuk besar.
Putar mentega bersama gula icing sehingga sebati.
Pecahkan telur dan gaul menggunakan senduk kayu.
Campurkan kesemua bahan kecuali almond nibs.
Aduk sehingga adunan bercampur rata.
Kemudian masukkan adunan ke dalam penerap @ boleh sudukan mengikut kreativiti.
Cucuk almond nibs dan bolehlah dibakar sehingga masak.
***KEPANASAN KETUHAR ADALAH BERBEZA,  RUJUK OVEN MASING-MASING***

Tuesday, January 16, 2018

Gulai ayam kampung

 BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam kampung (potong 2)
250ml pati santan
250ml air
1 tsp bawang putih kisar
1 tsp halia kisar
1 Tbsp bawang merah kisar
4 tsp cili kisar
1 hiris lengkuas (tumbuk)
2 batang serai (ketuk)
1 Tbsp serbuk kari daging Baba's 
2 helai daun salam
1 keping asam gelugur
garam bukit/gula melaka

 CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Renihkan di atas api sederhana sehingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam bukit dan gula melaka secukupnya.
Sedia dihidangkan.

Kek pelangi

 
 BAHAN-BAHAN :
250g mentega
225g gula icing
5 biji telur saiz A
225g tepung gandum
1 1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp soda bikarbonat
1 tsp esen vanilla
beberapa titis pewarna merah dan biru

CARA-CARA :
Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat.
Ketepikan.
 Putar mentega bersama gula icing di dalam mangkuk pengadun sehingga kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi sehingga gebu.
Masukkan bahan ayak sesudu demi sesudu sehingga habis.
Tambahkan esen vanilla.
Kaup balik adunan sehingga sebati dan bahagikan kepada 3 bekas.
Satu bekas dibiarkan berwarna asal dan 2 bekas lagi dititiskan pewarna merah dan juga biru.
Alas loyang dengan kertas minyak dan lengserkan sedikit mentega.
Masukkan adunan kek berselang-seli sehingga habis.
Bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu sehingga masak.
Sedia dihidangkan.

Monday, January 15, 2018

Daging masak cabai

 BAHAN-BAHAN :
1/4 cawan minyak
garam/gula
3 Tbsp bawang goreng
air secukupnya untuk lembutkan daging

DIPERAP 30 MINIT :
400g daging
5 ulas bawang putih kisar
10 ulas bawang merah kisar
1cm halia
2 Tbsp cili kisar
3 Tbsp kicap pekat manis
air asam jawa secukup rasa

DIHIRIS :
1 labu bawang besar
2 tangkai cili hijau

 CARA-CARA :
 Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan perap dan air secukupnya.
Masak sehingga daging lembut.
Kemudian masukkan bawang goreng dan masak sehingga kering.
Tambahkan bahan hiris dan perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan bersama nasi @ pulut.


Butter cake

 BAHAN-BAHAN :
4 biji telur A
200g mentega
125g gula kastor
150g tepung gandum (diayak)
1 tsp serbuk penaik (diayak)
1 biji lemon (parut kulit, ketepikan jus)

CARA-CARA :
 Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga gebu.
Kemudian masukkan tepung sesudu demi sesudu dan gaul sebati.
Tambahkan kulit lemon dan kaup balik adunan sehingga bercampur rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan ditaburi tepung.
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga masak.
Enak dinikmati bersama kopi o pekat.


Sunday, January 14, 2018

Agar-agar naga

 BAHAN-BAHAN :
37.5g agar-agar tali 
5 gelas air
3 helai daun pandan (carik & simpul)
gula secukupnya

DIKISAR & TAPIS:
1 biji buah naga saiz besar
1 biji oren
air secukupnya
***ambil 3 gelas jus***

CARA-CARA :
Masak agar-agar tali bersama 5 gelas air sehingga larut.
Masukkan daun pandan dan gula secukupnya.
Masak sehingga gula hancur.
Kemudian tuangkan jus naga.
Kacau sebati, buangkan daun pandan dan tuangkan ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
Biarkan sehingga keras dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Saturday, January 13, 2018

Sup cendawan &peas

 BAHAN-BAHAN :
1 paket kecil kacang peas (potong hujung)
1 paket kecil cendawan shimeji
1/3 batang lobak merah (potong kecil)
4 ulas bawang putih (cincang)
2 gelas air
garam bukit/ serbuk lada sulah
1 tsp minyak

CARA-CARA :
Tumis bawang putih bersama sedikit minyak sehingga wangi.
Tuangkan air, masukkan lobak merah dan masak sehingga air mendidih dan sayur lembut.
Kemudian masukkan cendawan dan juga peas.
Masak sehingga peas lembut tetapi masih rangup.
Perasakan secukupnya.
Sedia dihidangkan.

Friday, January 12, 2018

Sayur campur

 BAHAN-BAHAN :
100g brokoli
7 tangkai cendawan shitake segar
1 batang celery (potong serong)
7 biji tomato ceri
3 ulas bawang putih (cincang)
sedikit serbuk lada hitam/garam bukit
2 Tbsp air
1 tsp minyak untuk menumis
renjisan minyak zaitun dara

CARA-CARA:
 Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan cendawan shitake dan masak sehingga cendawan lembut.
Kemudian masukkan brokoli, celery, air dan juga tomato ceri.
Gaul rata.
Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam yang baru dikisar juga garam.
Matikan api.
Renjiskan sedikit minyak zaitun dara sebelum dinikmati.


Jus bit berhalia

BAHAN-BAHAN :
1 biji ubi bit bersaiz sederhana (kupas, potong kecil)
3cm halia (kupas, hiris)
2 biji epal hijau (hiris)
700ml air ph alkali

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam blender.
Kisar sehingga halus.
Tapis sebelum dihidangkan.