Tuesday, January 17, 2012

DAGING GORENG CENDAWAN

BAHAN-BAHAN :

  • 300 gm daging batang pinang
  • 1 paket cendawan shimeji
  • 2 sdb bawang merah kisar
  • 4 ulas bawang putih (diracik halus)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 pokok daun bawang (dipotong panjang)
  • kicap manis secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang kisar dan bawang putih hingga wangi. 
  • Masukkan daging, air asam dan juga kicap manis. Tambahkan sedikit air jika perlu. Masak hingga daging agak lembut.
  • Kemudian tambahkan cendawan, bawang dan juga cili yang telah dihiris. Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan juga sedikit gula. Sebelum diangkat taburkan hirisan daun bawang.
  • Sedia dihidangkan.

Sunday, January 15, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH NASYA


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
1/2 sdb maltosa (xada pun xapa..saja je letak)
garam dan sedikit serbuk perasa
minyak untuk menggoreng terendam

DIKISAR HALUS :
1 sdb ketumbar biji
1/3 sdb jintan manis kasar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 inci kunyit hidup
3 tangkai cili kering
1 hiris nipis lengkuas

CARA-CARA :
Perap ayam sekurang-kurangnya 1/2 jam. Lebih lama lebih bagus.

goreng ayam dalam minyak yang terendam sehingga garing.

Sedia dimakan panas-panas.

GULAI UDANG DAN PERIA


BAHAN-BAHAN :
12 ekor udang bersaiz besar (dibersihkan dan dibuang urat tengah)
1 biji peria (dipotong kecil, direndam air garam dan ditoskan)
5 batang serai (diketuk)
1 sdt serbuk kunyit
1 kg santan + 1 kotak santan kara
1 keping asam gelugur
2 biji cili merah (dibelah 2)
garam secukupnya

DIKISAR :
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
sehiris lengkuas
2 biji cili merah


CARA-CARA :
Masukkan santan, serai, bahan kisar dan juga serbuk kunyit ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana sehingga

mendidih. Kacau selalu.

Tambahkan udang, peria dan juga asam gelugur.

masak lagi hingga udang bercantum dan peria lembut. Tambahkan cili merah dan garam secukup rasa.

bolehlah diangkat dan 

dihidangkan.

IBLIS MEMBERITAHU TEMPAT PERSEMBUNYIAN NABI ZAKARIA

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali, apabila Nabi Zakaria as dikejar oleh orang-orang yahudi, maka sampailah Nabi Zakaria dekat sebatang pokok,

Friday, January 13, 2012

BUBUR GANDUM

BAHAN-BAHAN :
1 paket kecil biji gandum @ terigu (direndam sebentar dan direbus hingga kembang)
2 sdb caca
1 kotak santan kara 
3 kotak air atau secukupnya 
gula melaka dan gula putih secukupnya
sedikit garam
3 helai daun pandan (disimpul)
CARA-CARA :
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak hingga sebati.
Kacau selalu dan bolehlah diangkat dan dicicah bersama roti benggali. 

AYAM PINDANG KICAP


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
air asam jawa secukupnya
kicap manis kipas udang
3 helai daun limau purut
2 batang serai (diketuk)
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis 
air secukupnya untuk kuah

DIKISAR :
2 ulas bawang putih
1 biji sederhana bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji cili merah

CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam periuk, tumiskan bahan yang telah dikisar hingga wangi.

masukkan serai yang telah diketuk dan masak lagi hingga pecah minyak.

masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan sedikit garam pada langkah ini.

Masak hingga ayam kecut.

Setelah itu, tambahkan air asam, air dan juga kicap manis secukupnya. Didihkan lagi hingga ayam empuk.

Sebelum diangkat masukkan daun limau yang telah dicarik-carik. Rasa asam garamnya. Jika perlu boleh tambahkan sedikit garam dan juga gula.

Tutupkan api dan sedia

diangkat dan 

dihidangkan  bersama

nasi panas, ikan gelama jeruk dan tak lupa sambal belacan......


Thursday, January 12, 2012

NASI GORENG DAGING

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk sederhana nasi
  • 1 ikat kangkung (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk kecil daging (direbus empuk dan dihiris nipis)
  • 1 biji telur (didadar dan dihiris jalur)
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • sedikit sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis secukupnya
DITUMBUK :

  • 1 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 4 ulas bawang merah
CARA-CARA :

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan naik aroma.
  • Masukkan daging, bahan perasa dan juga kangkung. Masak hingga kangkung layu.
  • Tambahkan nasi yang telah dileraikan. Gaul rata. Sebelum diangkat tambahkan hirisan telur dadar dan juga hirisan daun sup dan daun bawang.
  • Enak dimakan bersama keropok goreng.

CENCARU SUMBAT

BAHAN-BAHAN :

  • 3 ekor ikan cencaru (dibersihkan dan dibelah belakang)
  • sedikit kunyit serbuk
  • sedikit pati asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng terendam
DIKISAR HALUS :

  • segenggam cili api
  • sebesar ibu jari belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
CARA-CARA :

  • Gaulkan bahan yang telah dikisar halus bersama pati asam jawa, garam dan juga gula secukup rasa. Masukkan bahan ini ke dalam ikan.
  • Taburkan sedikit serbuk kunyit dan garam pada ikan. Kemudian panaskan minyak yang secukupnya untuk menggoreng ikan. Goreng sehingga garing dan sedia dihidangkan.

PUCUK PAKU GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN :
1 ikat pucuk paku (ambil bahagian yang lembut)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari belacan
cili api mengikut pedas
sedikit kicap manis jika suka
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
CARA-CARA :
Tumbuk kasar-kasar bawang, belacan dan cili api.

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan wangi.

Tambahkan pucuk paku.

Gaul rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Setelah pucuk paku agak layu

bolehlah diangkat dan hidangkan segera.

Wednesday, January 11, 2012

GULAI NENAS IKAN MASIN


BAHAN-BAHAN :
1/2 biji nenas (dipotong kecil, direbus dan ditoskan )
3 sdb bawang merah kisar
1 sdt serbuk kunyit
4 ekor ikan cencaru masin (dipotong 4, direndam air sebentar)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur
1 kotak santan + 1 kotak air
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan renihkan di atas api yang sederhana

dan kacau selalu supaya santan tidak berketul.

masak sehingga ikan lembut. Rasa dahulu kuahnya sebelum memasukkan garam dan gula.

sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.

Sunday, January 8, 2012

UDANG GORENG ASAM


BAHAN-BAHAN :
10 ekor udang bersaiz besar (dibuang urat tengah dan dibersihkan)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji cili merah dan cili hijau (dihiris)
1 sdb bawang merah kisar
segenggam asam jawa (dibancuh bersama sedikit air)
kicap manis secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan secukupnya minyak di dalam kuali kemudian masukkan bawang kisar dan masak hingga naik bau dan garing.

Tambahkan udang, pati asam jawa pekat dan juga kicap manis secukupnya.

Kacau rata dan masak hingga udang kecut. Tambahkan garam dan gula secukupnya.

Sebelum diangkat, masukkan bawang dan cili yang telah dihiris.

Gaul rata dan 

sedia dihidangkan.