Wednesday, May 16, 2012

Bihun sup ringkas

BAHAN-BAHAN :

  1. 1 bungkus bihun kasar (rendam semalaman)
  2. 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  3. 6 ulas bawang putih (ketuk)
  4. 1/2 biji bawang besar (mayang)
  5. 1 sdb halia kisar
  6. 1 ikat kangkung (potong pendek)
  7. 2 sdb serbuk pati ayam
  8. 1 sdb sos tiram
  9. 3 sdb sos cili kimball
  10. 1/2 sdb kicap pekat
  11. secukupnya air untuk kuah
  12. garam dan gula secukup rasa
  13. 1 tangkai cili merah (hiris)
  14.  limau kasturi secukupnya
  15. minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan juga halia hingga garing.
  2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Masak hingga ayam kecut.
  3. Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah. Masukkan juga sos-sos dan kicap.
  4. Masak lagi hingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Setelah sebati rasa, masukkan kangkung. Biarkan layu sedikit.
  6. Sedia dihidangkan bersama bihun dan cili jeruk.

MONTEL.....DAH 2 BULAN

Wabil Izz Nizar yang bulat dan tembam.....

Daging burger goreng cendawan

BAHAN-BAHAN :

  1. 3 keping daging burger Ramly (dadu)
  2. 1 tin cendawan butang (potong 4)
  3. 1/2 batang karot (hiris nipis)
  4. 2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
  5. 1/2 sdb cili kisar
  6. 1/2 biji tomato (potong 4)
  7. 1 biji bawang besar (dadu)
  8. 1 tangkai cili merah (hiris)
  9. 3 ulas bawang putih (ketuk)
  10. sos cili dan sos tiram secukup rasa
  11. garam dan gula (jika perlu)
  12. sedikit minyak untuk menumis
CARA :

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang besar dan cili giling hingga wangi.
  2. Masukkan daging burger, karot dan cendawan. Masak hingga sayur layu.
  3. Tambahkan sos-sos dan juga tomato. Kacau rata. Masukkan garam hanya jika perlu kerana daging burger sudah berperisa. Jika agak pekat bolehlah masukkan sedikit air.
  4. Setelah sebati, masukkan daun bawang dan cili merah, sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama nasi atau roti.



Rebus tenggiri dan sawi

BAHAN-BAHAN :

  1. 4 keping ikan tenggiri
  2. 2 pokok sawi (potong kecil)
  3. 2 batang serai (ketuk)
  4. 1biji tomato (potong 4)
  5. 1 tangkai cili merah (hiris)
  6. 2 ulas bawang putih (hiris)
  7. 1/2 biji bawang besar (hiris)
  8. 2 inci halia (ketuk)
  9. serbuk pati ikan bilis secukup rasa
  10. garam
  11. air secukupnya
  12. sedikit spray oil
CARA :

  1. Panaskan periuk dengan sedikit spray oil. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan juga serai. Kacau hingga wangi.
  2. Masukkan air, ikan dan juga bahan lain kecuali sawi, masak hingga mendidih dan ikan masak.
  3. Setelah itu bolehlah tambahkan sawi dan masak hingga sawi layu
  4. Sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.
.