Tuesday, May 2, 2017

Kerabu sarai @ kerabu rumpai laut

 
 BAHAN-BAHAN :
2 genggam sarai (rendam, cuci bersih)
jus limau kasturi secukup rasa
hirisan bunga kantan (jika ada)
tumis budu secukupnya
sambal ikan secukupnya
hirisan cili api (jika suka pedas)
garam/gula jika perlu

CARA-CARA :
Sediakan sedikit air suam-suam kuku.
Celupkan sarai yang telah dicuci bersih dan terus tos.
Masukkan sarai ke dalam pinggan hidang.
Taburkan sambal ikan dan juga bunga kantan.
Curahkan sedikit tumis budu dan perah limau kasturi secukupnya.
Gaul kerabu sarai, jika kurang manis@ masin barulah ditambahkan perasa.
Kerabu sarai mestilah mempunyai rasa masam-masam manis.

**Sarai @ rumpai laut senang didapati di pasar-pasar di Kelantan**

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Mohon copy resepi ye Nasya. Lama dah teringin nak buat kerabu sarei ni tapi tak tau cara nak sediakan rumpai laut/sarei tu. Takut pulak tersilap cara. Ada masa nanti nak cubalah. Tapi tak tau bila..hehe.. Apapun Terima kasih.

    ReplyDelete